KUALA LUMPUR : Keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan undang-undang syariah Negeri Selangor berhubung hubungan seks luar tabii adalah selari dengan prinsip kesamarataan yang termaktub di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
G25 Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Perkara 8 menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang yang sama.
Menurutnya, undang-undang Negeri seperti seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, seandainya dibenarkan berkuatkuasa merupakan undang-undang yang bertentangan dengan prinsip kesamarataan.
BACA: Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
BACA: Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
BACA: Keputusan kes seks luar tabii: Menteri Agama adakan perbincangan dengan Jakim
“Ini adalah kerana orang Islam di negara ini yang melakukan kesalahan hubungan seks luar tabii boleh dihukum di bawah dua undang-undang, iaitu, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
“Sedangkan orang bukan Islam yang melakukan perbuatan yang sama cuma boleh dihukum di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan sahaja. Dalam lain perkataan, Seksyen 28 mendiskriminasikan orang Islam.
“Orang Islam akan tertakluk kepada dua jenis kesalahan dan hukuman, sedangkan orang bukan Islam akan tertakluk kepada satu kesalahan dan hukuman sahaja,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, G25 tidak menafikan kekeliruan mungkin timbul dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan.
“G25 tidak menafikan ini boleh berlaku kerana orang ramai di negara ini yang beragama Islam mengetahui bahawa hubungan seks luar tabii merupakan kesalahan terhadap perintah agama Islam.
“Namun begitu, adalah menjadi kewajipan Mahkamah Persekutuan untuk mendukung keluhuran Perlembagaan sepertimana termaktub di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah prinsip ketiga dan keempat Rukun Negara,” ujarnya.
Tambahnya, mereka juga berpendapat umat Islam di Malaysia harus menerima keputusan itu.
“Ia bukan sahaja selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, tetapi ia juga memberi keyakinan kepada semua rakyat berbilang kaum dengan memastikan keseragaman dalam undang-undang (a uniform system of law) untuk seluruh negara.
“Ini juga memberi keyakinan kepada dunia luar bahawa Malaysia adalah negara yang progresif dalam sistem perundangannya,” katanya lagi.
Astro Awani
Tue Mar 02 2021
Menurut G25, undang-undang Negeri seperti seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, seandainya dibenarkan berkuatkuasa merupakan undang-undang yang bertentangan dengan prinsip kesamarataan. - Gambar fail
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
'Mereka yang tidak tahu ideologi ibarat penumpang dalam parti' - Mohamad Sabu
Beliau khuatir dengan situasi itu dan menegaskan Amanah secara jelas dan tegas meletakkan perjuangan mendukung Maqasid Syariah sebagai misi dan perjuangan parti.
Maybank Islamic dengan kerjasama CreateWills lancar platform digital lengkap urus harta pusaka
Dengan bayaran serendah RM600, penulisan wasiat anda boleh disempurnakan dalam masa 30 minit sahaja.
Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im
Proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan.
Jakim kerjasama dengan PDRM, MCMC banteras ajaran sesat SiHulk
Umat Islam di Malaysia dinasihatkan tidak terlibat dan menjauhi penyebaran ajaran sesat yang dibawa Suhaini Mohammad atau SiHulk.
Hong Leong Islamic Bank lantik Dafinah Ahmed Hilmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) melantik bekas Pengarah Perbankan Komersial HSBC Amanah Malaysia Bhd, Dafinah Ahmed Hilmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
MB Perlis buat laporan gambar diguna tanpa kebenaran
Mohd Shukri Ramli hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat pihak tertentu menyalahgunakan gambar beliau untuk mempromosi aktiviti pelaburan di Facebook dengan pelaburan serendah RM300.
KWSP bakal asingkan skim syariah dengan strategi pelaburan tersendiri
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengasingkan simpanan syariah dengan simpanan konvensional bermula Januari 2024.
Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.
DUN Sabah: Kerajaan tubuh MAHAS tangani isu halal
MAHAS berperanan membincangkan serta membuat keputusan berhubung isu halal, dan menyelaras tindakan membabitkan bidang kuasa agensi berkaitan produk, bahan atau makanan halal.